Selamat Datang

Selamat Datang

Thursday, 25 October 2018

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JUPEM JOHOR




Tuan/puan,

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JUPEM JOHOR ke 58 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 11 November 2018 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Iskandar Puteri , Tingkat 7, Blok A, Wisma Persekutuan, Johor.

3. Diminta tuan/puan kemukakan usul dan cadangan membina secara bertulis kepada Setiausaha Kerhormat sebelum atau pada 1.11.2018 (Khamis) .

4. Sehubungan dengan itu tuan/puan juga diminta mengisi borang cadangan calon pemilihan ahli jawatankuasa KSKJUJH bagi tempoh 2018-2020 dan borang cadangan tersebut perlu dikembalikan kepada  setiausaha kerhormat sebelum 7.11.2018 (Rabu).

5. Tuan/puan boleh mengambil borang cadangan calon dan notis mesyuarat agung tahunan KSKJUJH di pautan tersebut:  https://drive.google.com/open?id=17in_J08OgRFZ6FNB2eTZorZkz-BOdtts

sebarang pertanyaan, boleh hubungi Setiausaha Kerhormat (En. Shaharudin bin Abdul Ghani).

Sekian, terima kasih.

Sunday, 14 October 2018

SAMBUTAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT JUPEM JOHOR

Tahniah diucapkan kepada zon EKSA JUPEM Johor yang telah menjadi JOHAN KESELURUHAN di dalam Hari Sukan Negara yang berlangsung pada 11 Oktober 2018 (Khamis)



Nota: Sila KLIK GAMBAR bagi paparan yang lebih jelas.

Thursday, 11 October 2018

SAMBUTAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT JUPEM JOHOR

Sambutan sempena Hari Sukan Negara Peringkat JUPEM JOHOR telah dijalankan pada 11 Oktober 2018 (Khamis). Sambutan yang agak luar biasa kerana jabatan selain JUPEM Johor hadir ke Gelanggang Blok A, Wisma Persekutuan, JB bagi tujuan acara senamrobik. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga JUPEM Johor bagi menjayakan sambutan Hari Sukan Negara peringkat JUPEM Johor.




























SAMBUTAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT JUPEM JOHOR


Monday, 8 October 2018

MENGENAI HARI SUKAN NEGARA



Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). 

Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

Berikut merupakan objektif Hari Sukan Negara

  1. Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
  2. Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat
  3. Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
  4. Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
  5. Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi
Sumber dari pautan Laman Web Hari Sukan Negara: 

Peringatan Mesra : SAMBUTAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT JUPEM JOHOR