Rekabentuk:-
Terdiri daripada tiga bentuk panjang jalur bulan sabit berwarna hijau. Tiga bentuk pendek jalur bulan sabit berwarna jingga. Tiga bentuk bulatan kecil berwarna merah. Dua huruf 'K' dan satu huruf 'S' dalam bulatan kecil berwarna merah. Perkataan KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN JOHOR terletak di bahagian atas.
Keterangan:-
Rekabentuk logo Kelab yang terdiri daripada tiga bentuk panjang jalur bulan sabit berwarna hijau melambangkan perpaduan dikalangan warga JUPEM yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tiga bentuk pendek jalur bulan sabit berwarna jingga terletak di bahagian kiri atas melambangkan kegigihan di kalangan ahli dalam menjalani aktiviti sukan.
Tiga bentuk bulatan kecil berwarna merah yang terletak di bahagian atas melambangkan semangat kerjasama serta perpaduan dikalangan ahli-ahli Kelab. Huruf-huruf "K", "S" dan "K" yang terletak didalam setiap bulatan kecil berwarna merah bermaksud Kelab Sukan dan Kebajikan. Perkataan KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN JOHOR yang terletak dibahagian atas logo adalah tanda pengenalan kepada nama Kelab.
Tiga warna iaitu hijau, jingga dan merah digunakan dalam rekabentuk logo. Warna hijau melambangkan kecergasan dalam menjalani aktiviti bersukan. Warna jingga melambangkan kegigihan. Warna merah melambangkan semangat kesukanan jitu.
No comments:
Post a Comment